INFO SALUR PERNAFASAN BIOLOGI KITA

by : Shiken Daud



Salur pernafasan atau dalam bahasa formal, ianya dipanggil sebagai sistem respirasi. Sistem respirasi kita terbahagi kepada dua bahagian, atas dan bawah.

Bahagian atas terdiri daripada hidung, telinga, kerongkong. Manakala, bahagian bawah pula ialah trakea, bronkus, bronkiol, alveoli dan peparu.


Kenapa kita bernafas?

Pertama, kita bernafas untuk menghantar oksigen ke sel supaya ianya boleh mengoksidakan glukosa untuk menjadi tenaga. 

Kedua, sistem respirasi memang ditugaskan untuk mengangkut dan membawa keluar gas berlebihan. Semua gas disedut semasa bernafas tetapi hanya oksigen sahaja yang diserap oleh sel. Karbon dioksida yang terhasil selepas berlakunya pengoksidaan oleh glukosa dalam sel akan dibebaskan melalui sistem respirasi.


Bagaimanakah sistem peparu kita?

Bermula dari hidung dan mulut, kita akan menyedut gas. Kemudiannya, gas akan bergerak masuk ke trakea, kemudian ke bronkus. Seterusnya ke bronkiol dan ke alveolus.

Di aveolus, akan berlakulah pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.


Apakah penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan? 

Penyakit yang kerap terjadi adalah asthma. Faktor sebenar asthma terjadi masih lagi tidak pasti tetapi banyak faktor boleh mengelakkan asthma daripada terjadi.

Asthma terjadi apabila adanya keradangan di otot salur pernafasan yang menyebabkan ianya bengkak dan sempit. Disebabkan itu, terhasillah mukus (kahak).



💜 Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya juga salah seorang penghidap asthma. Dahulu, saya harus ambil NEB sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kini, tidak lagi.

Antara yang saya amalkan ialah Vitamin C, Vitamin E & OmegaGuard.





Vitamin C - berfungsi untuk menghilangkan wheezing, mengelakkan radang dan membuang mukus.

Vitamin E - boleh 'relax'kan otot di sekitar bronkiol. Tambahan pula, Vitamin E Shaklee mempunyai selenium yang bagus untuk kesihatan peparu.

OmegaGuard - mengurangkan keradangan di saluran pernafasan, bersifat protective effect, mengurangkan antibodi yang menyebabkan tindak balas elergik.

DARI ENGINEER, JADI BUSINESSWOMAN


Saya Norhaslin binti Mohd Nordin. Boleh panggil Lin atau Kak Lin. Berumur 33 tahun.

Saya mula join Shaklee pada tahun 2013. Pada mulanya, saya join hanyalah sebagai bisnes tambahan, disebabkan masa tu saya sudah pun mula berniaga baju muslimah dan sedang dalam perancangan untuk berhenti kerja.

Konon-kononnya, hendak mencari kerja yang dekat dengan rumah. Tapi lain pula jadinya.

Kenapa saya nak berhenti kerja?

Saya bekerja sebagai jurutera di Kilang Agilent Technologies, Bayan Lepas. Sedangkan saya menetap di Bertam, Kepala Batas. Satu jam perjalanan untuk dari rumah ke tempat kerja. Belum masuk jammed lagi, kadang-kadang jadi satu jam lebih.

Sebelum saya join Shaklee, saya selalu tengok Nurul Huda, ex-housemate semasa diploma, post tentang Shaklee.

Tapi masa ni, saya buat tidak tahu sahaja. Ada satu masa, dia tolak interview dari goverment hanya disebabkan dia dah stabil dengan income Shaklee.

Dan bermulalah saat saya dengan Shaklee pula. Selepas saya join, saya selalu membaca tentang produk Shaklee. Semua nampak menarik! Semua terasa nak beli!

Disebabkan masa tu saya tengah menyusukan anak dan takut susu drop, saya pun cuba Alfalfa. Selepas Alfalfa, saya cuba ESP.

Apa yang jadi selepas itu?

Satu peti ais penuh dengan koleksi susu! Lauk pun dah tak boleh nak simpan!



Kemudian, saya share tentang produk yang saya makan. Tentang kelebihan produk Shaklee. Pergi branch, saya ambil gambar. Pergi pos, saya ambil gambar.

Apa orang kata? Gebang sampai bergoyang pokok!

Dari situ, saya mula bina trust. Ramai yang order dengan saya. Allah bukakan hati untuk join bisnes ini.

Ada satu masa, saya boleh daftar ahli seramai 7 orang sehari!

Kemudiannya, saya naik rank supervisor pada Oktober 2013. Alhamdulillah!

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Muka Yang Bengkak!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog dan membaca sedikit sebanyak info yang ada dalam blog ini.

Semoga blog ini menjadi manfaat kepada anda yang membaca dan sudi menyebarkan kebaikan untuk kesihatan kita bersama.

Hari ini, saya nak kongsikan bagaimana saya, seorang yang suka bersin pagi-pagi, seorang yang sangat mudah stress, kepada seorang yang sangat menikmati paginya?


APA ITU RESDUNG?

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Sumber : WIKIPEDIA




Resdung, singkatan daripada perkataan resah hidung, akan menyebabkan masalah selalu bersin, selsema, mata gatal dan hidung tersumbat.


Masalah yang dihadapi ini bukanlah selama sehari dua. Ada yang berlarutan sehingga sebulan lamanya!




APA PENYEBAB RESDUNG?






Jangan tak tahu, asap rokok merupakan salah satu faktor terjadinya radang hidung!


Resdung bermula dengan alahan. Pada peringkat awal, tidak ramai yang pergi untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana menganggap ianya ialah perkara yang biasa.


Alahan terjadi kerana perubahan cuaca, telinga tengah dan tekak yang bengkak disebabkan menghidu debunga, hama serta habuk.


Namun, apabila ianya berlarutan, rongga sinus akan mula tersumbat. Sinus yang sepatutnya berfungsi untuk pengudaraan telah terhalang. Akibatnya, bakteria akan terperangkap dan sinusitus akan berlaku.




BOLEH MENYEBABKAN PEKAK



Selain boleh menyebabkan ketidakselesaan kerana tidak boleh bernafas dengan sempurna, resdung juga boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada otak jika tidak dirawat dengan segera. Ini kerana, pesakit yang menghadapi jangkitan pada telinga tengah, selalu akan merasa tidak selesa dan bendalir hijau akan mula mengalir dari hidung.


Ada juga pesakit resdung yang menghidapi asthma kerana hidung mempunyai kaitan yang rapat dengan paru-paru.




TIPS MENCEGAH RESDUNG



  1. Elakkan membersihkan rumah dengan penyapu. Sebaliknya, gunakanlah vakum.
  2. Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut.
  3. Selalukan buat penafasan wap atau basahkan muka dengan air suam.

BAGAIMANA SAYA UCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA BERSIN SETIAP PAGI?

Disebabkan kasihan dengan saya yang selalu bersin hampir tidak berhenti seiap pagi, upline saya yang juga merupakan officemate saya pada ketika itu, mencadangkan saya mengambil 


VITAMIN C + ALFALFA + B COMPLEX


Dan setelah konsisten dengan ketiga ini, saya mendapati saya kini tidak lagi bersin dengan teruk pada setiap pagi. Alhamdulillah!


Kenapa tiga produk ini?



 Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.



B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.


Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.


Ingin ucapkan selamat tinggal kepada bersin dan sakit kepala pada setiap pagi, seperti mana yang saya lakukan?

Klik sahaja link di bawah ini. Jangan risau, konsultasi percuma!

www.wasap.my/60175366123

Lots of love,
AkakGojesMarbeles

7 Days Detox Challenge

Assalamualaikum!

Terasa sudah agak lama tidak menulis, bukan? Entri kali ini, saya akan kongsikan bagaimana saya berjaya sahut 7 Days Detox Challenge!


APA ITU DETOKS?


Tahukah anda, apakah itu detoks?

Saya, pada awalnya, hanya menyangkakan detoks hanyalah untuk minum. Selalu bukan, kita dengar, air detoks?

Air yang ada lemonlah, ada timunlah. Ada juga yang blend sayur, dijadikan smoothies.

Betul! Saya dulu ingatkan detoks hanya air. TAPI SAYA SALAH!

Kerana detoks bukanlah air sahaja! Tetapi bagaimana kita hendak mengajar badan kita untuk menerima hidangan yang seimbang.

Sebelum detoks, cuba kita kaji dan selidik dahulu cara pemakanan kita. Adakah kita banyak mengambil buah dan sayur? Adakah kita WAJIB untuk ambil fast food, sekurang-kurangnya dua kali seminggu?



Detoks yang saya buat ialah berdasarkan program detoks ini adalah eksklusif plan dan menu yang diendorsed oleh Dr Jamie, salah seorang doktor dalam organisasi Shaklee.

Jadi, menu yang bakal saya ceritakan bukanlah datang dari saya sendiri ya!


KENAPA PERLU DETOKS?


Anda sering merasa letih, tidak bermaya?
Anda mempunyai berat badan yang berlebihan?
Anda mempunyai masalah kulit seperti jerawat?

Semua masalah ini berpunca dari toksin yang berlebihan dalam badan. Dan salah satu cara untuk singkirkan toksin dalam badan dengan berkesan ialah dengan melakukan detoks.


Eh, tapi datang dari mana toksin ni? 

Toksin dalam badan datang dari pemakanan, gaya hidup yang tidak aktif (kerja yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak), persekitaran yang kotor dan udara yang tidak bersih.

Hakikatnya, kita semua terdedah dengan semua ini!



BAGAIMANA NAK DETOKS?


Untuk detoks, anda haruslah bersedia dari segi mental ya! Ada tiga style menu. Extreme, energetic dan relaks.

Macam saya, saya amalkan extreme dari dulu lagi dan ini ialah kali keenam saya detoks.

Menu extreme ialah :

Hari Pertama - Sayur hijau berdaun, dimasak steam atau mentah

Hari Kedua - Sayur hijau berdaun dan tak berdaun dimasak secara sup

Hari Ketiga - Sayur berwarna warni dimakan mentah atau steam

Hari Keempat - Sayur berdaun mentah, steam atau sup, bersama dengan ESP

Hari Kelima - Sayur berdaun mentah atau sup, bersama dengan ayam atau ikan dan ESP

Hari Keenam - Sayur berdaun mentah atau sup, bersama dengan ayam atau ikan, ESP dan nasi

Hari Ketujuh - Sayur berdaun mentah, steam atau sup, bersama dengan ayam atau ikan, ESP dan nasi


Selalunya, orang akan mula detoks pada hari Isnin. Senang nak track hari.

Jadinya, pada hari Ahad, saya mula shopping barang nak detoks.

TAPI! Terlupa betul nak snap gambar!

Jadi, tidak adalah gambar untuk preparation detoks ya!


HARI PERTAMA


Hari pertama ialah hari yang mencabar. Masa hari pertama, mental kita kena kuat, terutamanya jika kita buat extreme (dan kali pertama buat detoks!).




Ini breakfast saya. Cuma salad bulat dengan timun yang disagat.

Maafkan gambar yang tak semegah ini. Baru belajar nak ambil gambar cantik. Haha.




Lunch. Cuma salad bulat, ditambahkan dengan sedikit black pepper. Air Performance Drink jangan dilupakan ya!




Dinner. Salad kampung bersama timun. Tiada dressing, dimakan raw.


HARI KEDUA



Hari kedua dah boleh makan sup ya! Tapi saya bukanlah penggemar sup. Jadinya, sup saya tak berapa nak berkuah.

Menu pada hari kedua untuk breakfast, saya buat sup kubis bulat sahaja.

Oh ya! Sepanjang detoks, saya amalkan supplemen. Saya akan cerita pada next entri.




Dah ada description bahan pada gambar! Haha.

Lunch + dinner pada hari kedua. Terpaksa gabungkan dua menu ini sebab saya busy nak COD barang masa tu (dan masa selepas ini). Jangan hairan ya kalau ada dua menu sahaja pada satu hari.

PS : Ramai yang tanya mana saya dapat tumbler Vivix tu. Tumbler tu dapat masa saya attend National Conference di Sunway, Julai yang lepas. Free tau!


HARI KETIGA



Pada hari ketiga, menu dah mula berwarna! Bukan ada warna hijau sahaja!

Untuk penggemar teh, lebih baik jika anda minum teh hijau. Kebetulan di rumah, teh hijau tiada. Ternampak chamomile teh. Boleh la tuh!




Saya sangat suka dengan tomato ceri. Kebetulan, pada pagi selepas breakfast, saya ke CMart. Tengah ada promosi tomato ceri. Satu packaging hanyalah RM1.99.

Jadi? Saya borong dua paket!

Jika anda berminat dengan sayur berwarna yang lain, boleh sahaja. Bukan tomato sahaja ya!




Pada hari ketiga ini, saya busy dengan COD barang. Jadinya, bila dah selesai COD, hari dah malam. Dah malas nak prepare salad semua.

Ambil option senang, cuma makan tomato sahaja!



HARI KEEMPAT



Bangun pagi, ingatkan salad ada lagi. Rupanya dah habis! Tak tahulah siapa yang makan.

Jadi, hidangan sarapan pagi hanyalah tomato. Tapi kenyang! Itu yang penting.




Pelbagai rupa untuk lunch. Sebab dah shopping pagi tuh! Haha.

Oh, hari keempat dah boleh makan ayam atau ikan. Atau sumber protein yang lain. Tapi harus dijaga pengambilannya. Hanya suku sahaja.




Masa lunch, dah terlebih makan dan makan lambat (saya lunch pada pukul 3 petang!), jadinya dinner hanyalah semudah yang mungkin.


HARI KELIMA



Sepatutnya ESP atau apa-apa yang berasaskan protein tapi saya lebih suka dengan Cinch Shake. Nak tahu kenapa? Nanti saya share.




Saya mencuba nak buat sup tapi Ya Allah, ampun! Terlebih kuah!

Biasalah, anak dara jarang masuk dapur. Jadi macam ni lah. Last sekali, kenyang dengan kuah ja. Haha.




Untuk dinner, cukuplah ini sahaja. Terlebih kenyang dengan kuah sup tengah hari tadi.


HARI KEENAM


Hari keenam, hampir ke penghujung cabaran sudah! Dan breakfast yang simple sahaja.





Untuk lunch, saya dah boleh makan nasi!

Bagi mereka yang tertanya tentang buah, saya ambil buah sebagai snack dan bukan dalam menu utama. Sebab itu tiada gambar.

Maaf. Gambar tulis day 8. Bukan ya. Day 6.


HARI KETUJUH


Pada hari ketujuh (dan juga dinner pada hari keenam), saya tiada di rumah. Terpaksa bermusafir ke Gombak.

Jadinya, tiada gambar yang cantik. Tapi, alhamdulillah!

Saya berjaya sempurnakan cabaran 7 hari detoks dengan jayanya!

Dan saya sambungkan lagi sehingga hari ke 15!







Wahhh! Ini baru sahaja bercerita tentang menu. Belum after effect detoks lagi.

Nak tahu apa yang saya dapat selepas seminggu (atau lebih!) dengan detoks sahaja?

Saya akan kongsikan pada entri seterusnya.

Nantikan ya!


Lots of love,
NurHidayah
017-5366123

SURAH AD-DHUHA (TERJEMAHAN DAN IKTIBAR DI SEBALIKNYA!)


Setiap hari Jumaat, saya akan diberikan peluang untuk sampaikan ilmu dalam group chatting di Telegram dan alhamdulillah, semalam saya sampaikan tentang kehebatan surah Ad-Dhuha dan kaitannya dalam kehidupan kita.

Surah Dhuha ialah satu surah yang sangat menarik kerana ianya pendek, ringkas dan direct to the point. Walaupun ada yang berkata, surah ini ditujukan khas untuk Rasulullah, tidak menjadi masalah untuk kita juga turut merasakan bahawa surah ini juga diturunkan khas untuk kita, umat Muhammad.

Mari kita lihat apa terjemahan surah Dhuha ini dulu.



TERJEMAHAN SURAH AD-DHUHA


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

1. Demi waktu Dhuha

2. Dan malam apabila ia sunyi sepi
3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)
4. Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya
5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati)
6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia memberikan perlindungan?
7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar) lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu al-Quran)?
8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan?
9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya
10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik
11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai syukur kepadaNya



ASBABUN NUZUL

Terdapat pelbagai riwayat kenapa surah ini diturunkan. Tapi pendapat yang paling masyur ialah turunnya surah ini disebabkan terputusnya atau Jibril tidak langsung datang untuk memberikan wahyu buat seketika. Ada yang kata selama 6 bulan.

Kenapa wahyu ini penting untuk Rasulullah?

Penerimaan wahyu, pertemuan dengan Jibril dan perhubungan dengan Allah, merupakan bekalan-bekalan kepada Rasulullah dalam mengharungi jalan dakwah yang sukar.

Ibarat kata lain, wahyu ini umpama oasis di tengah padang pasir yang panas, terik dan matahari yang membahang.

Dan ketika tidak turunnya sebarang wahyu selama mana masa yang disebutkan tadi, kaum musyrikin mula berkata,

"Muhammad, Tuhanmu telah meninggalkanmu!"

Sebab itulah adanya ayat yang mengatakan Allah tidak pernah meninggalkan RasuNya.



KAITAN SURAH DHUHA DENGAN KEHIDUPAN KITA

Sebenarnya, surah Dhuha ada kaitan yang sangat rapat dalam kehidupan kita. Kenapa? Jom kita perhatikan satu-satu ayat dalam surah ini.


Demi waktu Dhuha
Kenapa Allah bersumpah dengan waktu Dhuha? Ada kaitan dengan ayat yang kedua. 

 Dan malam apabila ia sunyi sepi

Kaitan waktu dhuha dan malam ialah ianya masa ibadah solat Dhuha dan qiyam di tengah malam. Masa yang mana manusia yang sering merasa sedih, yang mungkin terasa tertekan atau desperate, akan melakukan dua solat ini.


(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)
Kemudian Allah berkata, sesungguhnya Dia tidak akan tinggalkan mana-mana hambaNya dan tidak pula membenci mereka.

Kenapa Allah katakan ini?

Kalau kita tengok balik, apa yang orang yang tertekan, tengah sedih selalu kata? Dia akan kata

"Aku dah takda siapa lagi dah. Aku seorang."

Dan ayat ini ialah ayat 'consolation' dimana Allah tegaskan yang manusia ini, tidak pernah berkeseorangan. Allah masih ada bersamanya!

Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya
Kesudahan yang dimaksudkan di sini ialah akhirat. Di mana, akhirat itu ternyata lebih baik daripada dunia.

Hamba-hambaNya yang teruji, jangan pernah berputus harap sebab Allah dah janji, akhirat itu lebih baik dari dunia sekarang. Segala ujian, dugaan yang sedang kita hadapi, ianya bersifat sementara.

 Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati)
Sebab nanti, Allah akan berikan kita segala-galanya sehingga kita merasa betul-betul puas. Tidak akan tidak, pasti Allah akan bagi jika kita bertakwa.


Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia memberikan perlindungan?
Mereka yang sedang sedih, apa dia akan rasa? Dia rasa macam dia sedang berseorangan bukan? Tapi kalau kita rujuk balik pada ayat ketiga, ketahuilah bahawa kita tidak berseorangan!


Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar) lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu al-Quran)?
Dan ketika kita sedang mencari jalan yang benar, kemudiannya Allah mengetuk pintu hati kita dengan ayat-ayat cintaNya.

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan?
Sebab Allah sahaja yang memberi rezeki kepada kita. Teruatamanya kepada orang yang melakukan perniagaan, business owner. Jangan sesekali kita mengatakan segala kejayaan perniagaan kita, datang dari usaha kita SAHAJA!

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya
Tafsir ayat ini, ringkas. Berlaku baiklah dengan anak yatim. Tapi jika kita melihat ayat sebelum ini, Allah memberikan kita kekayaan. Oleh itu, apabila kita sudah kecapi nikmat kaya itu, jangan kita lupakan anak yatim dan selalulah memberi sumbangan kepada mereka.

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik

Selain dari anak yatim, jangan kita lupakan juga golongan yang kurang bernasib baik dan mereka yang fakir. Sebab itu, jika anda kaya, keluarkanlah zakat.

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai syukur kepadaNya
Selalukan lidah dan mulut itu untuk sentiasa berzikir kepadaNya setelah dia melimpahkan segala kurniaan rezeki kepada kita.


Jika anda merasa berkeseorangan, tertekan atau sedang dilanda ujian, maka dekatkanlah diri anda dengan Allah dan al-Quran. Ketahuilah jiwa yang kesepian itu sentiasa dicari oleh syaitan untuk menggoda anak Adam.

Semoga bermanfaat!


Salam sayang,

hidayah
017-5366123 

TRIALS AND TRIBULATIONS : A BLESSING IN DISGUISE

Beberapa hari lepas, saya ada buat LIVE Facebook, di mana saya kongsikan cerita tentang adik saya yang non-verbal autism. Feedback yang saya dapatkan, sangat mengagumkan!


Dan ramai juga yang PM saya, bertanyakan tentang pandangan dan nasihat saya mengenai anak-anak mereka. 

Untuk sesiapa yang berminat ingin menonton LIVE tersebut, boleh klik link ini :

CABARAN MEMBESARKAN NON VERBAL AUTISM

-----------------------------------------------------------------------------------------

Tapi, dalam banyak-banyak kisah yang ramai kongsikan cerita, saya paling terkesan dengan satu cerita.

Assalamualaikum Hidayah. Nama kak S. Akak suka baca posting Dayah tentang autism, update pasai Bos. Akak suka juga baca post Dayah tentang inspirasi dan journey Dayah mencari erti hamba.
Untuk pengetahuan Dayah, akak ada dua orang anak. Anak yang sulung, umur 3 tahun, disahkan autism tahun ni, awal tahun. Yang kedua, baru berumur setahun.
Akak baru ja diceraikan oleh suami akak beberapa bulan lepas sebab suami akak tak boleh nak accept anak dia seorang OKU. Dan dia meletakkan semua kesalahan atas bahu akak. 
 Alhamdulillah, akak sekarang dah terlepas dari 'neraka dunia'. Cumanya kadang-kadang akak rasa tertekan dengan apa yang dah jadi, dengan keadaan anak akak yang pertama ni lagi.

Saya senyum sepanjang membaca feedback ni.

Saya suka tengok Hidayah sebab saya rasakan Hidayah seorang yang positif dalam hidup.

Alhamdulillah.

-----------------------------------------------------------------------------------------



Ujian itu pasti ada, jika seorang itu bergelar manusia. Allah dah janji yang tu. Apa dia kata dalam Quran?


Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.

Al-Baqarah : 155


Allah dah janji, kalau dah namanya manusia, mereka akan diberi ujian dalam hidup mereka.

Jadi, bila ujian itu datang, jangan kita mengeluh! Jangan sesekali. Kerana,


Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Al-Baqarah : 286


Tengok, indah bukan? Allah, kalau tahu kita tak mampu nak tanggung sesebuah ujian itu, kita takkan dibebani dengan ujian tersebut!

-----------------------------------------------------------------------------------------



Kenapa ujian berlaku?

Apabila ujian atau kita ditimpa apa-apa musibah, sila ingat perkara ini. Allah takkan timpakan ujian kepada kita jika tidak kerana ini :


  •  Ujian itu terjadi disebabkan Allah ingin menjadikan kita seorang mukmin yang lebih baik. Ingat, permata berasal dari hanya seketul batu. Setelah ditembak dengan air, dikikis sana sini, barulah kita dapat seketul permata. Begitu juga dengan manusia. Setelah kita berjaya mengahdapi segala ujian dan cabaran, barulah kita mampu untuk menjadi seorang mukmin yang lebih baik dan lebih bertaqwa.
  • Kitu terjadi sebagai penghapus dosa. Lebih banyak dosa, lebih besar ujian, lebih banyak dosa yang Allah hapuskan. Indah kan? Dosa itu habis hanya setakat di dunia, takkan di bawa hingga ke akhirat.
  • Ujian itu terjadi kerana betapa Allah rindukan hambaNya. Kerana itu Dia memberikan ujian, supaya hambaNya itu kembali, balik ke jalanNya. Allah nak dengar kita merintih, meminta padaNya.
-----------------------------------------------------------------------------------------



Maka apa perlu kita lakukan sepanjang ujian? SABAR.

Saya ada highlightkan tentang SABAR dalam LIVE saya sebelum ni. Refer link ini


Kenapa perlu sabar? Ingat, jika taubat, belum tentu nasuha. Jika istighfar, belum tentu kita khusyuk.

Tapi jika kita sabar dengan setiap ujian yang Allah berikan, insya Allah, pahala taubat dan khusyuk, kedua-duanya kita boleh raih dengan automatik!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, pesanan saya, jika anda yang sedang membaca ini sedang diuji, tak kisah diuji dengan ujian atau musibah yang bagaimana pun, BERBAHAGIALAH!

Kerana Allah sedang menginginkan doa dan rintihan kita.

BERBAHAGIALAH!

Kerana Allah sedang memanggil kita.

Maka berbahagialah mereka-mereka yang sedang diuji.



Salam sayang,

Hidayah
Kulim, Kedah
017-5366123

TIPS BANYAKKAN SUSU

Haritu, saya ada buat survey, nak tengok dalam friendlist saya ni, ramai tak mummy yang breastfeed anak-anak depa.

Alhamdulillah, ramai yang bagi respons. Terima kasih ya. Jasamu sangatku kenang.


So, harini, nak share ngan hampa, tips nak banyakkan susu ibu, especially those yang selalu merungut susu kurang.

Ada dua tiga orang customer saya yang terdiri dari ibu yang bf, jadi saya selalu juga share tips ni dengan depa. Alhamdulillah, lepas amalkan satu dua tips, susu pun makin meriah!

Di gambar, saya sertakan juga nota kaki dan amalan-amalan yang mungkin boleh diamalkan.

Have fun reading dan selamat beramal.


Ramai jugak yang tanya,


"Cik Yah, selain ambik Alfalfa, ada tips lain dak nak meriahkan susu?"

Adaaaa.

😋




Yang pertama, jangan stress! Selalu ibu-ibu ni, kalau susu mula kurang sikit ja, dah stress, kan? 


Stress boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu tau! Jadi, kalau susu drop, jangan panik dan sila bertenang.

Cuba bayangkan benda yang indah-indah. Contohnya, moment first time jumpa dengan suami ka, first anniversary ni nak buat apa ka.

Takpun, dengar muzik atau lebih afdhal, dengar bacaan AlQuran.





Sentiasa berfikiran positif. Bila kita positif, secara automatik, badan kita pun akan jadi positif. Ada kaitan tau!


Jangan letakkan mindset, ish, aku ni susu tak cukup paa.

No no no! Fikir positif!




Tahu tentang supply dan demand? Lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang kita dapat. 


Faham itu?

Selalukan untuk menyusu bayi anda. Lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak susu dihasilkan.




Selalukan untuk perah susu badan anda. Buat stok, especially untuk mereka yang bekerja. Susu perahan pula boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok, in case kalau ada benda emergency berlaku.


Untuk mereka yang bekerja, buat jadual dan set alarm untuk perah susu.

Jangan biarkan payudara penuh!



Ada banyak milk booster dekat pasaran sekarang ni kan? Choose yang mana elok untuk anda dan juga bayi.


Antara milk booster yang orang selalu amalkan ialah kurma dan alfalfa.

Kalau tanya Cik Yah, ibu bf ni ofkos la pilih Alfalfa! Sebab Alfalfa ni galactagogue, elemen yang meransang untuk penghasilan susu ibu.




Jangan takut untuk minum air yang banyak! Mana nak dapat susu kalau tak minum air.


Betul dak?

Lagipun, badan yang kurang air, akan mudah dijangkiti penyakit kerana bahan toksik tidak dapat dikeluarkan melalui proses perkumuhan.

Untuk mummy yang kurang minum air, boleh try Performance Drink. Jangan risau, PD ni kurang gula!




Ni pun, ramai mummy yang terlepas pandang. Lebihkan protein dalam diet anda.


Sebabnya, protein ialah bahan asas untuk susu ibu. Tanpa protein, susu akan jadi kurang terhasil. 

Tambah pulak, kalau anda kurang minum air, lagiiii la susah susu nak ada.

Susah nak tambah protein? Amalkan ESP dalam diet anda!



Nasihat saya kepada ibu-ibu yang sedang menyusu ni, jangan lupa selitkan

ESP
Performance Drink
Alfalfa

dalam diet anda. ESP ialah sumber protein yang menjadi bahan asas kepada susu ibu, manakala Alfalfa boleh menggalakkan penghasilan susu dalam badan. PD pula berfungsi untuk mengelakkan badan dari terhidrat sekiranya kurang pengambilan air.


Berminat dengan item ini atau anda juga sedang dalam dilema kekurangan susu badan?


Boleh whatsapp nombor di bawah ya!

Salam sayang,

Hidayah,
Kulim, Kedah
017-5366123